Latest Posts

    Monday, 16 December 2013

    Sabah

    Militan Serang Sabah Semula? Kami Bersiap Sedia – Ketua Polis Negara

     
    00:11
    Militan Serang Sabah Semula? Kami Bersiap Sedia - Ketua Polis Negara
    KUALA LUMPUR – Pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.
    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bagi memastikan ancaman itu ditangani dari awal, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Am dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melancarkan pelbagai operasi.

    “Operasi itu termasuklah Ops Cantas Khas oleh PDRM dan Ops Gasak oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah. Melaluinya kita akan ‘flush out’ semua anasir yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di sini, hari ini.
    Beliau ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan), pada esok dan hari Krismas ini.
    “Kami terima maklumat itu dan kami bersiap sedia,” kata Khalid.
    Mengulas kes berbeza, beliau berkata polis akan mengambil keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh Mat Zain.
    Semalam, Mat Zain membuat laporan mendakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat afidavit palsu berhubung rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat keduanya.
    “Kita akan lihat kesalahan yang didedahkan dalam kenyataan dibuatnya Mat Zain),” kata Khalid. – BERNAMA
    more »

    LG G2 Telefon Pintar Terbaik, Kalahkan iPhone 5S


    Jika anda menyangka iPhone 5S adalah telefon pintar terbaik tahun ini, anda silap.
    Sebaliknya pemegang takhta telefon pintar terbaik di Stuff Gadget Awards 2013 dianugerahkan kepada LG G2.
    LG G2 dipilih berdasarkan ciri utamanya skrin Definisi Tinggi 5 inci, kamera 13MP dengan penstabilan imej optikal dalam cahaya rendah serta bateri yang sangat jimat.
    Secara tak langsung, ini bagai satu amaran kepada Apple dan Samsung bahawa LG bakal mengungguli bisnes telefon pintar selepas ini.
    Pada masa sama, Apple dan Samsung yang begitu popular dan berjaya menjual gajet pintar mereka dengan banyak seluruh dunia, turut kalah kepada Nokia apabila para pembaca memilih Nokia Lumia 1020 sebagai Gajet Terbaik kerana keupayaannya merakam gambar dengan cemerlang menerusi sensor 41MP dan teknologi superpixel pintar yang ada padanya. – REM RAMZI

    Sumber: Telegraph UK
    more »

    Sunday, 15 December 2013

    ‘Normandy’ Telefon Android Pertama Nokia

    'Normandy' Telefon Android Pertama Nokia 
    Satu waktu dulu, jenama Nokia cukup sinonim dengan pengguna telefon bimbit di negara ini.
    Tapi sejajar dengan kemunculan telefon android, populariti Nokia pun semakin merudum.
    Bagaimanapun kini, sumber yang boleh dipercayai melaporkan Nokia akan muncul dengan telefon android pertama mereka, dikenali buat masa ini sebagai ‘Normandy’.
    Gambar telefon bimbit ini buat pertama kalinya pernah dikeluarkan di Twitter @evleaks pada bulan lepas.
    Fullscreen capture 12112013 41056 PM
    Normandy yang mempunyai stail peranti Lumia dikatakan mampu digunakan bersama aplikasi popular Android seperti Skype dan lain-lain.
    Namun ia dikatakan bukan dijual dengan hasrat menyaingi telefon Android seperti Galaxy S4 atau HTC One tetapi lebih mensasarkan pengguna dengan kemampuan bajet lebih rendah.
    Bagaimanapun memandangkan Microsoft kini dalam proses mengambil alih syarikat dari Finland ini, belum dapat dipastikan sama ada telefon android Nokia ini akan dipasarkan sebelum atau selepas pengambil alihan tersebut. – REM RAMZI
    Sumber: www.theverge.com/
    more »

    Nokia Pelawa Ganti Samsung S4 Yang Terbakar

    Nokia Pelawa Ganti Samsung S4 Terbakar

     
    Awal bulan ini, seorang pengguna Samsung Galaxy S4 memuatnaik di YouTube bagaimana telefon pintar tersebut yang dicaj semalaman terbakar keesokan harinya.
    Video itu dibuat selepas Samsung dikatakan meminta pengguna tersebut, Richard Wygand mengemukakan bukti dalam bentuk video.

    Bagaimanapun apabila bukti video tersebut turut tersebar di media sosial, Samsung dikatakan meminta pula supaya video tentang kejadian itu diturunkan daripada laman YouTube dan butiran penyelesaian disembunyikan daripada umum.
    Apa yang berlaku, Richard menyiarkan permintaan Samsung itu kepada umum sekali lagi menerusi YouTube, menyebabkan telefon pintar yang dijanjikan Samsung akan diganti kepadanya tidak sampai-sampai.





    Mengambil kesempatan daripada perkara ini, Nokia mengirim Twitter kepada Richard bahawa mereka bersedia memberikan telefon pintar Nokia Lumia sebagai ganti.


    twitter-nokia

    Tidak dapat dipastikan model Lumia mana yang akan diterima Richard tapi kemungkinan besar, Nokia Lumia 1020 atau Lumia 1520.
    Richard mengesahkan perkara ini dan sedang menanti kiriman telefon pintar barunya. Dia berjanji akan memberitahu perkembangan terbaru menerusi Twitter sebaik sahaja menerimanya.
    Dalam pada itu, kejadian yang menimpa Richard dikatakan bukan kes pertama membabitkan kebakaran Samsung Galaxy S4.
    Jun lalu sebuah flat di Hong Kong didakwa terbakar selepas pengguna yang dikenali sebagai Du, bermain permainan Love Machine di telefon pintar tersebut sebelum dia terdengar bunyi ‘pop’ pada bateri.
    Du kemudiannya melempar telefon di sofa sebelum tercetus kebakaran yang memusnahkan kediamannya. - REM RAMZI

    article-2381285-1B107211000005DC-321_634x411
    article-2359281-1ABE4FE0000005DC-673_634x590

    Sumber: Dailymail
    more »

    Ping

    PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger My Ping in TotalPing.com

    Text Widget

    © 2013 Teknoterkiniz. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9